KISAH PERTAMA
Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.
“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Baskon. “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”
“Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Abon ingin tahu.
“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.”
“Ho oh.”
“Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.”
“Wah, gila kau!” Abon terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?”
“Itulah masalahnya,” Baskon menjawap. “Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!”
KISAH KEDUA
Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata “Syukurlah, semuanya sudah berlalu.”
“Jangan terlalu yakin,” kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.
“Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!”
Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, “Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.”
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru “Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?”
KISAH KETIGA
Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: “Bagaimana kaki kamu boleh kudung?”
Lelaki: “Cedera ketika perang dunia kedua”
Penemuduga: “Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki: “Terpotong dengan pisau besar!”
Penemuduga: “Mata kamu pula?”
Lelaki: “Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.”
Penemuduga: “Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?”
Lelaki: “Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.”
KISAH KEEMPAT
Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil “barangnya” yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!
KISAH KELIMA
Satu hari… sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut … sehingga ada yang beratur seawal2nya…walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan… malangnya sebelum sempat sampai…tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi…”woi..tak nampak ke orang ha..” jerkahnya.. “Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. “…
Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh…
setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan hadapan… tapi tetapi tidak berjaya… akhirnya dengan nada marah.. dia berkata… “Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat jgk smpai kedepan sana… jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!”
Laaaaa……….Tokey kedai tue rupanye…
ehehehe….. kesian dia kan….







Haha.
amboi…gelak besar er..
Kagum dengan kenaifan si pencuri basikal.
Sederhana besar…hehe.
owh…ade plak gelak sederhana besar erk cik khairul.
right brainer…mcm2 gelagat org di dunia nie…
sengal tol pencuri bsikal 2…..hehe..
tu la pasal…
best…saye copy tau…;)
memang TErBaeKKKKK