Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.
Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan mempekenalkan segilapan (oktagon) sebagai bentuk perantaraan.
aras bawah dua = menampilkan imej pertahanan yang kuat dimana bahagian bawahnya dihias dengan dinding dan benteng yang didirikan disekeliling aras ini untuk memberi gambaran keteguhan.
aras bawah = menggambarkan konsep terbuka dimana tiang berbentuk payung dan ukiran yang direka (masyrabiah) dapat memberi perlindungan
daripada hujan dan panas serta membolehkan pengudaraan semulajadi. Konsep Masjid Putra yang terbuka ini juga membolehkan kesinambungan antara saf dalam dan saf luar.
aras satu dan bumbung =mengandungi 8 buah kubah kecil yang membentk 4 penjuru dewan solat utama. Disekeliling aras tersebut, konsep terbuka jelas kelihatan dengan adanya tingkat-tingkat besar
yang dihiasi dengan masyrabiah.
16 tudung konkrit =mengelilingi aras yang mana bermulanya kubah Puncak kubah ini dihiasi dengan mercu tajam yang menghala ke langit.
p/s..x penah gi solat terawih atau solat fardhu kat sini… penah sekali jer masuk.. lawa la..mmg kebanggaan kitew.. semakin canggih senibina kitew ni kan.. proud to be malaysian..






