- Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.. Fatimah terkejut.. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek..
Pertama ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..
Kedua ~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim..
- Ketiga ~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul ‘Alamin)..
Keempat ~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..





en_me said,
December 15, 2008 at 16:05
hi adek chomeyyy.. malu me nak komen one uooolsss..
dakchomey said,
December 16, 2008 at 16:05
napew malu?
Letiing said,
December 19, 2008 at 16:05
Posting nie patut dibaca oleh semua orang… very interesting analogy…
dakchomey said,
December 20, 2008 at 16:05
tp x ramai pembace blog yg nk bace kisah cam ni kan…