how women think…

FINE
This is the word women use to end an argument when they feel they are right and you need to shut up. Never use “fine” to describe how a woman looks – this will cause you to have one of those arguments.

FIVE MINUTES
This is half an hour. It is equivalent to the five minutes that your football game is going to last before you take out the trash, so it’s an even trade.

NOTHING
This means “something,” and you should be on your toes. “Nothing” is usually used to describe the feeling a woman has of wanting to turn you inside out, upside down, and backwards. “Nothing” usually signifies an argument that will last “Five Minutes” and end with “Fine”

GO AHEAD (With Raised Eyebrows)

This is a dare. One that will result in a woman getting upset over “Nothing” and will end with the word “Fine”

GO AHEAD (Normal Eyebrows)
This means “I give up” or “do what you want because I don’t care” You will get a “Raised Eyebrow Go Ahead” in just a few minutes, followed by “Nothing” and “Fine” and she will talk to you in about “Five Minutes” when she cools off. LOUD SIGH This is not actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A “Loud Sigh” means she thinks you are an idiot at that moment, and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you over “Nothing”

SOFT SIGH
Again, not a word, but a non-verbal statement. “Soft Sighs” mean that she is content. Your best bet is to not move or breathe, and she will stay content.

THAT’S OKAY
This is one of the most dangerous statements that a woman can make to a man. “That’s Okay” means that she wants to think long and hard before paying you back for whatever it is that you have done. “That’s Okay” is often used with the word “Fine” and in conjunction with a “Raised Eyebrow.”

GO AHEAD
At some point in the near future! re, you are going to be in some mighty big trouble. PLEASE DO This is not a statement, it is an offer. A woman is giving you the chance to come up with whatever excuse or reason you have for doing whatever it is that you have done. You have a fair chance with the truth, so be careful and you shouldn’t get a “That’s Okay”

THANKS
A woman is thanking you. Do not faint. Just say you’re welcome. THANKS A LOT This is much different from “Thanks.” A woman will say, “Thanks A Lot” when she is really ticked off at you. It signifies that you have offended her in some callous way, and will be followed by the “Loud Sigh.” Be careful not to ask what is wrong after the “Loud Sigh,” as she will only tell you “Nothing”

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

3329046498_947b149592“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.” Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

p/s… camne la nk contohi akhlak Baginda ni.. bkn nye aku leh tahan sabar ble owg kenekan aku…satu jew la aku nk pesan kat kowang..biar owg wat kite, jgn kite wat owg..faham kan?

satu

agak frust..

agak frust aku tahun ni apabila aku x diberi surat undangan majlis kecemerlangan dari sekolah aku… perkara yg same ini juga pernah berlaku ketika aku darjah 3 n darjah 2 dimane aku langsung x dpt sebarang anugerahtime kecik2 lu x dewla terasa sgt.. da besa ni kecewa gak la.. naik sekolah menengah ni  setiap tahun aku naik pentas tp tahun ni jew x naik.. 1 anugerah pown x dpt.. nk mara x leh.. mmg salah aku pown.. result aku truk last year..so, redha jew la.. dgn harapan spm ni aku wat yg terbaik la.. kepada kwn2 aku yg dpt anugerah tu, congrats la.. jgn lupe share2 la adiah tu dgn aku erk..

klu korang nk taw (x nk taw pown nk cite gak) esk la majlis anugerah tu… n aku tetap akan dtg tp sekadar melaksanakan tugas aku sbg photographer.. korang ade kenangan naik pentas x?

3358888008_bb3ec7f8f8_o

sinopsis talentime…

6f8aea9ea87f4459ae619931

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati – Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah. Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya. Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.

p/s…patut ke aku gy tgk cite nie?

orang KATA

org barat kata mutiara itu indah,

aku diam,

orang timur kata langit  itu indah,

aku diam,

orang utara kata gunung itu indah,

aku diam,

orang selatan kata lautan itu indah,

aku diam,

tapi,

pabila orang barat, timur, selatan dan utara diam,

aku pula kata ISLAM itu indah..

radix fried chicken..

aku adew akak sepupu..owg perlis…blaja kat jitra kedah kowt… mgu ni dia cuti, so dtg umah aku.. nk wat partime keje kat stesyen petronas dkt dgn ampang point..huhuhu..smalam borak2 dgn dia pasal makanan…then dia cite la pasal radix fried chicken(rfc) ni..mcm kfc la.. tp yg ni dijamin halal punye… akak sepupu aku ckp ayam dia x de suntik2 tp x taw la kan…dia ckp gy kat tempat penternakan ayam tu sentiasa pasang ayat2 alquran…aku penah terdengar research yg tanam pokok dlm 2 situasi..situasi pertama sentiase perdengarkan ayat2 alquran kepade tanaman n situasi kedua dgn lagu rock.. kowang mesti dpt agak kan situasi mane yg buahnye masak ranum  n manis..tentula yg dgr ayat2 alquran.. mcm tu gak ble kte pregnant.. sentiase perdengarkan ayat2 alquran.. inshaallah..baik budi pekerti anak kite nnt…klu btol la ape yg akak sepupu aku cite sal ayam rfc tu, aku pecaya mesti sedap rase ayam nyew kan.. tu la yg skang ni aku teringin nk rase.. ditambah lak akak sepupu aku ckp kedai tu sentiasa penuh…ble la rfc nk buka cawangan kat kl erk…

rfc-as-300x1991

more info bout rfc…

Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

p/s..sape yg adew rm1.5 juta tu leh la buka cawangan rfc kat kl.. mesti untung…

dulu lain sekarang lain…

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra…

Makwe: bang, andai kata saya menjadi bintang…

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu… kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie… begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako punyo tunggul kayu!! buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nok lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)… sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang… cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua… selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga… 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman…

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… kat Jepun adalah… apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie… cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu… .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… .
yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu… .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi…

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do…

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut… .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah…

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie… .
buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko?!!!!!!!!!

MORAL

SEBELUM DAPAT..SEMUA NYER MANIS, SEMUA NYER ELOK..

DAH DAPAT..ADA JER YANG TAK KENA, ADA JER YANG JELEK..

DAH HILANG NANTI..BARU NAK MENYESAL..BARU LA NAK MENCARIK..

JADI..JAGALAH APA YANG ADA DEPAN MATA KORANG TU YAKNI KELUARGA, KENGKAWAN, KEKASIH, SUAMI ISTERI

TERIMALAH BINATANG PELIHARAAN SEKALIPUN..

entri 2 in 1…

petua menceriakan diri..petua ini dari dr fadzillah kamsah…ade mase dgr la petua ni..klik disini

akademi fantasia 7 vs tranformasi..

sudahkah berlaku tranformasi dalam af7 ?

cleopatra stratan-ghita (english version)

The coat is inside out,
There is no sun above
Nothing is going good
Since I think of Ghita.
But Ghita’s not in town
I asked why he’s not around
It seems to me he’s gone
He’s gone abroad

Hard, I think it’s very hard
Want, I don’t know what I want
I know that you like me too
Ghita, what is up with you?
Young, come on in or go
Young, tell me yes or no
Ghita, please don´t anger me
Tell me how your life will be

Ghita,
Tonight I’m waiting at the wicket
Me at the station I bought a ticket
Come to,
But don’t come as you did before
As usually with empty hands…
Who else
Will and sing for you as I do
Entire evening just getting there
Ghita,
Show me a girl who’s found of you
That loves you more as much as I do…

Ghita, te-astept diseara la portita
Langa portita de la scoala
Vino da numa nu vini cum vii tu
De obicei cu mana goala
Cine te mai asteapta ca si mine
O seara intreaga numai pe tine.
Ghita, arata-mi tu o fata care
Sa te iubeasca asa de tare!

korang mesti dengar lagu ni…chomey jewp…

info kelakar…

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.

Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.

Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.

Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.

Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.

Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.

Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.

Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.

Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.

Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.

Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehheheheheheeh………..Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya.

« Older entries