It’s not difficult to make a woman happy.

A man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

p/s…hahahaha… senang jew kan nk wat pompan hepi..igt je 54 langkah ni.. nk taw plak camne nk wat laki hepi?

1. Show up naked
2. Bring food

haha..guraw jew…ahaks..

tips kejutkan bgn sahur…

Puasa sudah menghampiri, tapi masa untuk mengejutkan orang bersahur adalah masa yang paling crucial sekali. Di bawah ni ada beberapa tips menarik untuk dicuba :mrgreen:

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur terutamanya untuk bersahur..antara cara-caranya ialah:

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan. Kalau tak bangun juga,
2. Sentuh bahu orang yang sedang tidur itu dan goyangkan perlahan lahan sambil memanggil nama dia. Kalau tak bangun juga,
3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.. Kalau tak bangun juga,
4. Tampar-tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia. Kalau tak bangun juga,
5. Tutup kipas/air-cond.

Tetapi kalau masih tidak ada kesan….

1. Jerit nama dia kuat-kuat; kalau tak bangun juga,
2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit. Kalau tak bangun juga,
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam. Tak bangun juga?
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam. Tak bangun juga?
5. Goyang badan dia kuat-kuat lepas tu jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!. Kalau tak bangun juga,
6. Jerit api! api! api!…tak bangun juga,
7. Letak KFC ke, McD ke, tak pun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli sebelah hidung dia. Bagi dia ambil bau sikit…

Tapi kalau masih tak ada effect juga….

1. Pergi kat telinga dia….then sebut maa rabbuka! Sambil seru nama dia banyak kali. Kalau masih tak bangun….
2. Pergi kat dia, baca je Surah YaaSin.

Tapi kalau masih tak ada kesan juga, inilah cara yang terakhir:

1. Panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan….kerana Tuhan lebih menyayanginya.

birthday ke – 17

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh…boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh…boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah…..mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh…

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ….boleh la mama………, please…..

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi… TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

iklan fevret aku!!

suzy’s family

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm…. Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!

tarian ultraman versi melayu…

klu korang tgk video ni mmg akan ketawa la.. first time aku tgk mmg x dpt dilupakan..huhuhu..video ni leh wat perasaan mara kite ilang.. kwn2 aku skang pown da terikut2 dgn video ni…hahah…kowang jgn nk bygkan lak camne aku menari cam video ni okeyh…

diari sang suami & isteri

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami…jadinya kena selalu berfikiran positif…barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu – Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap. Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah – dia jawab, “Tak ada”. Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk. Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, “Aku cinta kamu juga”.

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang….. Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang…..

BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!

kisah 3 doktor…

Pada zaman dahulu kala, Ada 3 orang doktOr. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga2nya memiliki kegemaran berlainan.

A Dr Jon Poni (suka main perempuan). B Dr Jon Joni (suka minum minuman keras). C Dr Jon Doni (suka segala jenis rokok) .

Suatu Hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan.Tiba2 ketiganya bertemu dengan sebuah kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu menggosok2kan kendi tersebut. Sejurus kemudian, keluar jin dari corong kendi tersebut.   Lalu jin tersebut tertawa: ‘Ha ha ha.’ Dan berkata’Akulah Jin Ifrit ! Karena kamu telah membebaskan aku dari kendi itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. !!’

Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berpikir tentang peluang mendapat kemahuan masing2 yang mungkin sekali dalam seumur hidup. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing2.

Berkata is A,’Aku mau perempuan2 muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia Dan letakkan dalam sebuah gua tertutup Dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. ‘ Pufff ……..!! Dengan sekejap Mata jin itu menyempurnakan permintaan is A.

Berkata is B,’Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun Dan letakkan dalam sebuah gua tertutup Dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. ‘ Pufff …….. !! Dengan sekejap Mata jin itu menyempurnakan permintaan is B.

Berkata pula is C,’Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun Dan letakkan dalam sebuah gua tertutup Dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. ‘ Pufff ………. !! Dengan sekejap Mata jin itu menyempurnakan permintaan is C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing2 sebagaimana yang dijanjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua is A, ketika dibuka maka keluarlah is A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari2 hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.Tiba2 is A pun jatuh ketanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua is B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari2 mabuk. Jalan pun terhuyung2.Tiba2 is B pun jatuh ketanah lalu mati!!

Setelah itu jin pergi ke gua is C Dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sihat walafiat Dan terus MENAMPAR si jin. Sambil memaki2 si jin diA berkata : JIN botak perut buncit!!! …!!!! Lighter nye MANAAAAAAAAA …???!!!

14-dosa-iman-gif

dulu lain sekarang lain…

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra…

Makwe: bang, andai kata saya menjadi bintang…

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu… kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie… begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako punyo tunggul kayu!! buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nok lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)… sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang… cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua… selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga… 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman…

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… kat Jepun adalah… apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie… cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu… .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… .
yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu… .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi…

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do…

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut… .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah…

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie… .
buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko?!!!!!!!!!

MORAL

SEBELUM DAPAT..SEMUA NYER MANIS, SEMUA NYER ELOK..

DAH DAPAT..ADA JER YANG TAK KENA, ADA JER YANG JELEK..

DAH HILANG NANTI..BARU NAK MENYESAL..BARU LA NAK MENCARIK..

JADI..JAGALAH APA YANG ADA DEPAN MATA KORANG TU YAKNI KELUARGA, KENGKAWAN, KEKASIH, SUAMI ISTERI

TERIMALAH BINATANG PELIHARAAN SEKALIPUN..

info kelakar…

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.

Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.

Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.

Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.

Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.

Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.

Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.

Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.

Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.

Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.

Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehheheheheheeh………..Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya.

« Older entries